Sunday, January 13, 2013

Si Pengemis Ngesot

Hari ini aku berjalan-jalan sekitar Bukit Bintang berseorangan,
Bosan dengan hiruk pikuk dan keglamouran pavilion..
Aku rancang lepak sekitar BB plaza dan lowyat sahaja..
Sedang aku menikmati juadah tengah hari di sebuah kopitiam..
Mata aku tertumpu kepada seorang pengemis..

Orangnya kurus..
Berbangsa Cina..
Sangat uzur..
Tidak boleh berdiri apentah lagi berjalan..
Mungkin boleh, dengan bantuan tongkat yang di bawa bersamanya..
Kaki nya dilunjurkan kehadapan..
Dibawah kakinya dilapikan dengan sepasang kasut..
Mengesot ke hadapan menggunakan kedua tangan nya..
Meminta belas ihsan masyarakat bandar.

Perlahan pergerakan nya..
ye lah dah ngesot camtu.. cane nak bergerak laju kan ?
Sepanjang aku memerhatikannya,
Ramai yang berhenti dan menghulurkan wang..
Tersenyum dia..
dan dalam senyuman itu,
terpancar keperitan hidup yg dihadapinya..
sedih sangat hati ini memandang nya..

Die menghentikan ngesotannya..
Dia menghulurkan RM1 kepada seorang pekerja kopitiam..
untuk membeli sebotol air mineral..
Setelah air mineral di genggamannya..
Dibuka penutup dgn perlahan..
dan air mula diteguk..
Dari jauh kelihatan kehausannya berakhir sebentar..
tapi dia hanya minum suku..
mungkin lebihannya buat bekalan hingga ke petang..

Kebetulan di kopitiam ada kedai pastry..
aku mengambil keputusan untuk membelikanya sesuatu..
tak perlu lah aku beritahu apa yg aku belikan untuk dia..
dan aku sertakan sekali sebotol air mineral..
tersenyum dia..
walaupun tiada ungkapan terima kasih dari bibirnya..
senyuman itu sudah cukup memadai..
diteguknya lagi air yang sebelum itu dibelinya..
dan die meletakkan makanan dan minuman di atas ribanya dengan rapi..
dan perjalanan nya diteruskan..

Niat aku menulis entri ini bukanlah untuk mendapat pujian..
atau mengumumkan apa-apa..
Ini hanya pengalaman yg harap dapat beri tauladan..
Jangan lah kedekut sangat dengan duit tu..
even kita xde duit time tu..
tak luak kalau hulur seringgit..
kalau rasa mereka tu sindiket,
berikan mereka makanan atau minuman..
xkan tu pon sindiket nak tuntut kan ?



p/s : masih terbayang senyuman nya..
dalam keadaan daif sebegitu,
masih mampu dia tersenyum.
aku patut menjadi lebih bersyukur.

2 comments:

SUCEX said...

sedap ayat ko. yep, mmg x luak pun rm1, ingt nak tolong orng cukup,
kesian kalau betul2, tp sbb sindiket punya pasal kita x tolong

SUCEX said...

barnron di atas

Post a Comment