Kahwin? Hoi! Ini bukan temporary issue~ this is like contemporary issue... sepanjang zaman...
Apa orang kata pasal kahwin? Aku tau kalau korang tak minat sekali pun... satu hari nanti korang akan pasti rasa kemaruk nak kahwin... what for? Tuntutan agama? bluergh... okay, ini bukan ceramah agama... Tapi satu hari nanti korang akan rasa bosan hidup sendirian walaupun ada bf atau gf eventho korang sudah seperti suami isteri... i mean, come on! Yang halal tu pasti rasa lain... mmm... aku tak tau apa rasa dia lah... tapi sedap je ayam, lembu, kambing dan juga arnab yang disembelih mengikut hukum syarak... tak pasti kalau aku ada termakan yang tak halal... minta tuhan halalkan saja.
Untuk yang sudah mati-mati bekerja... motivasi untuk pulang ke rumah tengok isteri yang comel adalah sangat tinggi... atau, pulang ke rumah untuk berkongsi betapa busuknya dan sampahnya tempat kerja anda dan pekerjaan seharian anda... balik rumah ada tukang urut, tukang masak... pengendali mesin basuh... dan pengendali mesin-mesin yang sewaktu dengannya... Dan begitu juga la dengan isteri yang rasa kepuasan berkhidmat kepada suami... rasa diperlukan, disayangi... and stuff~
Positifkan pemikiran aku yg belum mendirikan rumah tangga?
Bukan tu yang aku nak cakap... drama lepas kahwin mmg best... tapi drama sebelum kahwin tak kurang hebatnya... nak bertunanglah, nak putus tunanglah, nak kumpul duit kahwin lagi~ haih... drama2 bakal mak mentua lagi~makcik mentua... haaa... kan? Di bawah adalah contoh-contoh typical mengapa kita akan bakal lambat mendirikan rumah tangga :
Anak : Kalau duit hantaran tak banyak macam tu tak boleh ke? Banyak mcm ni je ke...~
Ibu : Eh? Takkan sikit tu je? Memang mintak banyak tu ke? Kan ada Phd, second master, second degree ...
Anak : Isyk.. apa je ada kat title... isteri yg baik bukan pada benda tu sume... lagipun ustaz cakap, lebih murah belanja kahwin lagi berkat...
Ibu : ....... haaa... kalau mcm tu mesti banyak ni... at least.
Anak : Hmm... *lambat lagi la aku nak kahwin mcm ni*
Dalam situasi macam ni... aku terfikir... tak boleh ke kalau setakat mak mentua nak duit hantaran 5 angka... perempuan pun kumpul duit bersama dgn laki... or at least... top up kan ke sikit? nak hidup bersama lama kot dari sibuk pasal sehari punya majlis yg surely lepas sebulan tetamu korg tak akan ingat apa warna tema majlis korg~mahupun doorgift yang mengarut2~ dari bebankan pihak laki buat personal loan untuk kahwin lepas tu pening lepas kahwin nnt...~ lepastuuuu... haa.. lepas tu... korg fikir la sendiri drama air mata apa yg boleh jadi~
ini adalah antara video mat luthfi yang aku minat!




0 comments:
Post a Comment